Monday, 18 June 2012

Rahsia Mengapa Jutawan Sendayu Tinggi Pakai Purdah ~




Rasanya sudah ramai yang tahu tentang kesusahan lampau saya kerana banyak majalah menyiarkan cerita itu. Niat saya tiada lain, hanya mahu menjadi pencetus semangat untuk wanita di luar sana. Biar mereka tahu, sebagai manusia jangan terlalu mengharapkan orang lain untuk berjaya dalam hidup.

Saya pernah jadi penoreh getah, sambil-sambil itu melakukan bermacam-macam kerja kampung untuk menampung hidup. Malah pernah juga cuba berniaga kedai runcit, menyertai MLM dan bekerja kilang.

Apabila berjaya dengan perniagaan Sendayu Tinggi, saya mula sedar manusia perlu ada tiga sifat jika mahu berjaya. Pertama, mereka mesti mengorak langkah untuk memulakan perkara kecil dalam diri. Kemudian, jangan pernah berkata tidak sebelum mencuba kerana tiada apa yang mustahil. Ketiga, jangan suka menyalahkan orang lain.

Nilai sepuluh sen

Bila sudah berjaya mengumpul kekayaan, tiap-tiap tahun saya pergi umrah. Ada banyak peristiwa yang dialami di tanah suci namun ada satu pengalaman yang paling menarik. Ia berlaku ketika saya tidur lalu bermimpi, satu suara menyuruh saya membaca beberapa ayat daripada surah Al-Baqarah.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya terus mencari tafsir Al- Quran. Saya mendapati antara maksud ayat yang disuruh baca itu ialah mereka yang mendapat hidayah namun jika memalingkan mukanya, mungkin tiada lagi hidayah untuknya selepas itu.

Saya memang sudah lama terdetik mahu berganjak ke alam (fasa) lain sebaik sahaja usia mencecah 40 iaitu membuat persediaan untuk mati. Saya mula melihat betapa kehidupan di dunia ini sangat singkat, indah dan perlu dinikmati. Saya sedih mengenang ramai orang yang berjaya dalam perniagaan tetapi hidup tidak bahagia…

Ketika saya mengejar dunia, hidup dirasakan huru-hara. Pernah saya beli sebuah kereta dengan harga RM1 juta. Setiap kali tiba di satu-satu tempat, saya senang melihat banyak mata memandang dan berbisik-bisik kagum. Namun lama-kelamaan saya tersedar, rasa bangga melihat kekaguman orang itu menimbulkan perasaan riak dan mahu menunjuk-nunjuk.

Jika syiling sepuluh sen terjatuh, pernah satu ketika saya tidak mahu mengutipnya semula. Waktu itu saya memikirkan kelas sebagai seorang jutawan. Tetapi hari ini, saya tidak mahu lagi bersikap begitu. Saya mahu buang rasa riak, sebab nilai duit sepuluh sen itu besar nilainya pada sesetengah orang dan tidak patut dibazirkan begitu sahaja.

Saya tidak pandai mengaji dan tidak tinggi ilmu agama. Jadi saya mengupah seorang ustazah yang tinggal bersama di rumah ini untuk mengajar serta seorang ustaz untuk berkongsi ilmu agama. Sehari setiap minggu, rumah saya dibuka untuk orang ramai menyertai majlis ilmu yang dibuat di sini.

Impian saya yang masih belum tercapai ialah membina sebuah kompleks hasil perniagaan. Di kompleks berkenaan saya mahu membangunkan aktiviti dakwah di samping memberikan kehidupan kepada fakir miskin menerusi perkongsian ideologi perniagaan.

Saya tidak mahu golongan susah yang saya bantu ini memandang saya sebagai sumber kewangan. Saya tidak memberikan mereka ‘ikan’ tetapi ‘pancing’ untuk mengubah kehidupan. Caranya saya beri mereka produk untuk dipasarkan. Saya juga mengambil kuih, kerepek dan lain-lain daripada mereka untuk dijual.

Satu lagi impian yang sedang diusahakan, saya mahu bina sebuah rumah perlindungan untuk anak yatim piatu dan mualaf. Rumah sudah ada, tenaga pengajar pun tidak ada masalah. Cuma tinggal mencari bayi dan kanak-kanak untuk dibesarkan dengan pendidikan akademik berserta ilmu agama di rumah tersebut.

Kini mula berpurdah

Purdah ini sudah lima bulan saya pakai. Bukan sebab alim, dan bukan juga sebab H1N1. Sebaliknya inilah antara cara saya menjaga hati daripada dirasuk perasaan riak. Bila mengenakan purdah, tiada orang yang mengenali saya jadi tiada lagi layanan istimewa yang biasa saya dapat.

Saya tidak malu untuk mengaku, selama ini memang saya pakai tudung tetapi hati masih kotor. Ini kerana walaupun memakai tudung saya sering kalah bila syaitan berbisik supaya bersolek setiap kali ke luar rumah sesuai status selaku pengasas produk kecantikan.

“Kau kenalah pakai baju yang menampakkan kelangsingan, barulah orang tahu produk kau bagus” – itu juga antara bisikannya yang sering menewaskan saya. Barangkali ketika itu saya antara wanita akhir zaman yang disebut dalam hadis ‘menutup aurat tetapi masih bertelanjang’ .

Sebagai majikan pula, kadangkala saya memarahi pekerja kerana mahu semuanya serba sempurna. Saya menjadi sungguh takut apabila tersedar dan berfikir bagaimana pula saya di sisi majikan paling besar iaitu Allah Taala? Dia pun berhak marahkan saya kerana sungguhpun solat, di mana zikir dan amalan sunat bagi menyempurnakan lagi amalan kepadanya?

Syukurlah, perubahan yang dibuat melimpahkan bahagia dalam hidup. Anak-anak (Nurhayati, Alif Syukri, Aiman Hazim, Nurazizah dan Nurain Sufiyah) dan suami melengkapkan lagi dunia wanita ini.

Kini hari-hari saya lalui sambil meneguk kelazatan ilmu akhirat. Melayan keletah anak-anak, mengulit orkid, epal Madura, daun kesum, kedondong, kari, limau purut dan pokok herba lain; juga melayan burung, ayam, lampam, puyuh, puyu dan tilapia melengkapkan lagi kediaman bak syurga dunia yang saya gelar Sorga Ammi.

Sesudah solat Subuh, tatkala berdiri di balkoni rumah menyaksikan kabus berlalu dibawa angin sambil merenung kalam-kalam bukit , saya semakin yakin betapa perlunya saya bersyukur menjadi hamba yang dilimpahi kasih sayangNya.

p/s : jadi pada sesape saudara muslim yang masih belum bertudung,bukalah mata.berubah untuk kebaikan.Dunia ni hanya pinjaman.semoga Allah membuka hidayah pada semua





Photoshoot Wif Aenis Aleeya ~


Helo2
Aq sebenarnye aq nak tido da

Tapi before 2, aq nak upload gambar aq ngan member aq mase part4 ni..

Awal2 sem da bergambar, hujung sem, penuh la memory.. Hu3

Ok2.. Ni kat sini aq nak upload gambar je..

Korang suke tgok gambar kan?

Amaran kepade pencuri gambar, jangan nak curi gambar aq.. Hahaha.. Perasan kn?

Tgok je la











Haaa... Ni je la

Klo korang nak tgok banyak lagi posing gedik, tggu sampai habis sem k?

Hehehe..

Bupbye..

Love Aen =)



Dulu dan sekarang ~


Assalamualaikum reader !
Korg mesti tgh bace post ni kan?
Mase korang bace ni, mybe aq xonline..
So aq nak cakap Hyee la kat korang ek

Aq baru je masuk sem baru kat Uitm
Sumpah aq cakap, mase mule2 masuk, mmg serabut gile
Dengan kos xley nak daftar..
Mcm2 dugaan la
Aq ni asyik turun naik pejabat kat Uitm 2
Letih taw x..
Lastly aq nangis n kol mak aq.. Hahaha
Manje x? 2 bukan manje, 2 gedik... Oppsss

Mase aq kol mak aq, aq nangis la
Bukan pe, kepale otak aq serabut mase 2..
Walaupun adik aq pon ade kat Uitm 2
So pape hal aq text je la die.. Hu3

Ok, skank ni masalah ade yang da selesai ade yang belum
Its ok because my mom always beside me.. He3
Thanks mom =)

Skank aq nak cite kisah aq dulu2 ngn sekarang..
Aq sure, bile korang bace ape yang aq publish ni, kompem korang pon mcm aq

Nak taw ape benda??

Ok, teruskan menbace ok?

A - Dulu aq teringin sangat nak pakai kasut tumit tinggi, sekarang aq da ade berbelas kasut tumit tinggi.. Sampai xlarat nak pakai, last2 pakai selipar gak.. He3




B - Dulu, aq teringin sangat nak rebonding rambut, 
Sekarang aq da ade pengalaman 2,
lepas form3 aq da rebonding pon.. He3



C- Dulu aq teringin nak warna rambut, tengok bawah.. Pernah la jugak.. He3



D - Dulu aq teringin nak pakai enset sendiri.. Sekarang aq da ade 3 enset.. Ambik kau !









E - Dulu aq teringin nak ade laptop sendiri, sampai aq merayu kat mak aq, sekarang tengok aq da ade laptop sendiri, siap broadband lagi.. Mak aq yang bayar.. He3







F - Dulu aq teringin nak ade Teady Bear besar , yang harga beratus2 2.. 
Nak tggu orang bagi mmg berjanggut la xdapat... 
Last2 aq beli sendiri, harga die Rm70.. Hahaha.. Dasyat kan?
Sekarang, teady bear ni la jadi teman aq mase tido and tempat aq peluk mase aq menangis.. Hahaha !!!





G - Dulu aq teringin nak dapat hadiah daripade seseorang yang aq sayang, haaa... Sekarang aq da dapat pon !







H- Dulu aq teringin nak g Cameron Highland, last2 aq g gak walaupun bukan g ngn family aq... 
Sejuk2..
Sekarang aq da taw, cameron syurga bunga walaupun aq xde la suke bunga..
Tapi klo buah ati aq bagi, mcm sweet la pulak.. Hu3








I - Dulu aq teringin sangat nak masuk Universiti.. Sekarang aq da memang student U.. Alhamdulillah =)



J - Dulu aq teringin sangat nak naik Roller Coster, sekarang aq da naik pon..
Perhh !! Takut gileee and sumpah aq da xnak naik da walaupun orang bayar aq Rm1 000 000 kat aq (Konon)..
Sekarang aq taw tempat nak mati cepat.. Hahaha XD



K - Dulu mase sekolah, aq teringin sangat nak habis sekolah.. Sekarang aq mmg da habis sekolah pon.. Pemalas nak g sekolah.. Hehehe



L - Dulu aq teringin sangat nak bersolek, nak pakai lipstik.. Tapi mak aq tak bagi..
Die takot rosak muke..
Aq xtao pon ape 2 eyeshadow, maskara.. Whats that??
Sekarang aq da ade 1 beg make up.. Siap make up tok kawan aq lagi.. Hu3



M - Dulu aq teringin sangat nak dinding bilek aq ade corak2, sekarang dinding bilek aq penuh dengan corak rame2.. Hehehe.. Pelik2 kan?



N - Dulu aq teringin sangat nak memasak... Sekarang aq da boleh masak sikit2.. Macam tom yam ngn gulai lemak ayam 2 boleh la.. Hu3.. Klo xsedap telan je la ek..





O - Dulu aq teringin sangat nak bawah kereta.. Aq pelik sangat macam mane kereta boleh bergerak.. Sekarang aq da ade lesen P taw.. Alhamdulillah..



P - Dulu aq teringin sangat nak couple macam orang lain.. Sekarang, sape yang terase pernah couple ngn aq 2, thanks u soo much sebab da bagi aq beribu kenangan manis.. =)


Alhamdulillah...

Ape yang jadi dalam hidup aq ni sebenarnye sebab aq da makin membesar
Bukan besar badan, tapi usia ! Hahaha

Aq harap lepas ni banyak lagi benda baik jadi dalam hidup aq,..


Doakan yep..

Semua banyak perkara yang baik2 jadi dalam hidup Nur Ain Bt Abdul Rahman.. Aminn ~

Maceh !!!! =)

Aq rase sampai sini je la post ni

Mate da ngantuk nak pikir

Nanti klo ade benda gile2 aq nak update, aq update ek?

Tata

Love Aen =)




Saturday, 9 June 2012

Rindu Baby Arnab Saye ! ~


Salam...
Post ni aq saje nak share gambar kenangan aq ngn baby rabbit aq
Comel sangat taw
Sebenarnye aq xsuke binatang berbulu
Tapi disebabkan rumah aq ade banyak sangat rabbit, aq jadi suke lak
Hehe.. Tapi aq berani pegang baby je la
Yang mak die xley pegang..
Nty die gigit..

Skank ni, rabbit ni ade lagi..
Tapi die da besar
Xley nak pegang sangat..
Nanti asyik nak lari je.. Hu3 XD

Korang semua suke tengok gambar je kan?

Ok.. Post ni mmg aq hidangkan gambar je kat korang

Tapi jangan curi lak gambar ni??!!

Aq da serik lorrhhh

(Perasan.. Hehehe)





























LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...