Tuesday, 24 January 2012

Tip - Tip tok jadi bahagia ♥





  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  •  JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

  •   JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

  •   JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.

  •   JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

  •   JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

  •   JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.

  •   JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

  •  JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

  •   JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

  •  JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

  •   JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

  •  JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

  •  JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.






ALLAH menguji kita dengan sesuatu yg amat kita SAYANG. Namun, kita diberi cubaan dengan KEHILANGAN.

ALLAH menguji kita dengan sebuah IMPIAN yang amat kita HARAPKAN. Tapi, kita terduduk berlinangan airmata saat impian KECUNDANG :')

Sesungguhnya DIA pemberi segala, krn segalanya kepunyaanNYA, saat ditariknya nikmat yang ada, DIA sedang mengaturkan untukmu sesuatu yang Amat berharga. InsyaALLAH ♥ :)

ALLAH lebih tahu. Wallahualam

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...