Monday, 17 October 2011

Kenape perempuan merajuk????




Kenapa merajuk?

(Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.)
1. Cemburu:
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.
2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza iaitu merajuk.


Kalau dipendekkan........................


1. Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan...


2. Tidak sensitif terhadap perasaan wanita.....


3. Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan dan kena diberitahu pada pasangan mengenai hal itu.


4. Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.


5. Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.


6. Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap atau tidak kena selera.


7. Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.


8. Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding isteri/teman wanita.


9. Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.


10. Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah. Suka mengkritik isteri yang sibuk membuat kerja rumah, tetapi tidak mahu menolong.


11. Selalu keluar rumah dan balik lewat, tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.


12. Tidak suka membeli buah tangan pada anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.


13. Tidak suka berhubung dengan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) jika ada kerja luar atau berpergian.


14. Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka, tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.


15. Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain, tetapi dengan pasangan atau anak isteri garang dan tidak mesra.


16. Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara sedangkan anak isteri di ketepikan.


17. Mudah mesra dengan orang lain, tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.


18. Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.


19. Tidak membela anak isteri apabila ada saudara mara dan ipar duai menyindir kekurangan anak isteri.


20. Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri


21. Tidak suka membelai mesra anak isteri pada saat anak isteri memerlukan seperti anak isteri sakit atau meraikan kejayaan mereka.


22. Suka bercakap kasar dan menengking pada anak isteri.


23. Tidak suka meraikan hari istimewa isteri seperti isteri naik pangkat dan sebagainya.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...