Sunday, 28 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Semua........ 2011.... 0-0 ek??? Hehehe

Kepada semua family, lecture, kawan, bekas kawan atau yang perlahan2 menjauhkan diri............................

Orang ckp da nak raya, tp sebelum raya perlukan sedikit kesedihan......

Ampun dan maaf dipinta untuk kesalahan tersebut :-

1. Bercakap benda bodoh secara berterusan.
2.Berpura-pura paham masa lecture ajar padahal otak tgh cdg nak update status fb pe n cuti sem nak g mane.
3.Senyum dan ketawa untuk ambik hati je
4.Bercakap bila patut je n buat muka moody walaupun korang xde salah (salah makan 2)
5.Tak bercakap benda yang betul bila situasi memerlukan, kadang2 bile presentation mmg aq xhafal n xpaham 1 habuk
6.Tak meghadiri jemputan kawin, kelas, aktiviti penting or sebarang aktiviti yang memerlukan keberanaian , selalunye koko la jadi mangse sbb xske kawad 
7.Lewat untuk segala aktiviti
8.Tipu secara sengaja sekadar untuk mengexcitedkan keadaan
9.Tak bayar duit air,nasi dan juga tambang pengangkutan awam
10.Xpulang balik buku, CD, baju, kasut, beg atau segala macam yang dipinjam
11.Bercakap dari belakang tanpa sebab yang munasabah
12.Xpakai diadoran, gosok gigi, pakai perfume ketika keadaan memerlukan, (time kawad ngn g kem mmg xleh pakai benda ni )
13.On chat kat facebook tp xbalas komen korang sbb kdg2 aq on je tp tido, kdg on chat kat empon aq jugak tp wat keja lain
Lepas aq mengaku aq rasa ringan sikit... Ni je la yang tersenarai, kalau ade lagi 2, maafkan lah ye.... Sekarang aq nak ucap "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin kepada semua yang beragama islam..... 0-0 taw..... Love aen

Saturday, 27 August 2011

Hang out suda ~~~~~~~~~~ Hehehehehe

Aiiii.... Sempat lagi aq update blog ! Nak final da ni weh... Xpe la... Demi mereleasekan tension aq yang xpenah habis ni, aq nak cite sikit sal hang out aq nagn member aq kat uitm... Ahli hang out ni aenis aleeya, amer saat, fazril faiz and aq... Ni sume name facebook taw... Korang msti fikir kteorang pergi couple kan?? Bak kate aenis, ni sume sepupu.. Hehehe.. Bukan kapel la korang... Kami kawan la.. Mcm aq, aq ade buah hati, tp dah patah hati pon, mcm amer dah berpunye, aenis pon single, fazril (aeril) pon single (auuummm., hahahhahah)... Nme kteorang lak sume A... Aen, Aenis, Amer, Aeril... Sweet kan...  Kteorang saje hangout2... Chill la... Bukan wat papepon kan... Ni kteorang jalan kat KL.. Ronde2 je... Ni pic yang sempat kteorang ambik depan KLCC....





Amir xreti cover mulut...




 Mase ni aeril lak xde.....




Letih aq pandang bawah....



Lepas g KLCC, g Berjaya Time Square la... Mmg giler kot permainan kat sini... Sorry to say aq xkan naik da... Punye ganas main sampai jam aq terputus.... Hehhehehehe



Gambar kat atas ni first permainan yang kteorang main.... Sumpah laju gile.. Mase 2 aq rase anggota badan aq mcm nak tercabot je... Tp aq still nak main lagi lepas 2... Sbb advancer gile... Benda 2 sangat laju dan best... Hahhahahhaha.. Nk masok tpt ni RM37... Aq main 3 jam je kot... Mcm rugi tp xpe la sbb esok 2 aq ade kelas so kena balik awl...


Korang nampak xpemainan ni??? Aq suggestkan korang JANGAN naik benda ni sbb lepas naik kompem korang da xkan naik permainan lain... Benda ni la aq rase da xnak naik benda lain n rase nak termuntah.... Benda ni sangat gila n sangat menyakitkan hati,...  Oh shitt... Tolong kuarkan benda ni dr tpt ni... Hehhe.. Klo korang nak try naik gak, try main last sekali.. Mase 2 baru xrugi sbb klo da pening ley tros balik.. Hehhehe




Lepas aq naik benda yang wat kepale aq pening 2, aq pon cube jugak la naik roller coster..... Lepas naik, aq teros muntah.... Hahahhahhaha.... Mmg aq da xkan naik benda ni... Klo datang sini pon aq akan bershopping je... Plan nak g genting sem dpn xtao jadi ke x sbb kat genting lagi banyak kan? Aenis ajak g genting sebelum final, OMG ! Mmg nak... Tp aq risau kot exam... Jgn sampai aq bace nota atas roller coster... Hahhahahah









The end................... Kteorang pon balik la lepas ni....... Harap2 sem 3 nty ley jalan lagi ngn korang... Agak2 ade pakwe and makwe nty kte bawak dorang join lak ek??? Hehhehehehehheheh

Love.......Aen

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”


10 petanda
menunjukkan dia adalah jodoh kita

Gunakan seluruh pancaindera,Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.

Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”






 "Tidak tertolak takdir Allah melainkan DOA"


Sekian................ Love aen 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...