Korang, tekan Klik kat Iklan ni boleh x? Sebab magic akan terjadi .. Hehe

Saturday, 18 June 2011

Jangan Kecewa Jika Anda Tidak Ditawarkan Ke IPTA

Hye korang.. Time 2 update.. Ni statement motivasi taw.. Benda ni aq dapt kat internet... Mcm ne tah ley terjumpa.. Benda ni mungkin berguna tok korang n tok diri aq sendiri... Yela, dugaan dtg kite bukan taw... Jom baca sesame.......... =)



Assalamualaikum adik-adik dan rakan-rakan sekalian.

Sudahkan korang semua menyemak keputusan rayuan UPU semalam?Sudah?Alhamdulilah.Bagaimana dengan keputusan anda?berjaya menyambung pelajar ke IPTA?Jika bersyukur Alhamdulilah.Jika tidak berjaya usah bersedih.





Jangan adik-adik kecewa kerana tidak ditawarkan ke IPTA kali ini dan jangan adik-adik kata menyesal belajar bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat tempat di IPTA.

Mungkin kali ini adik-adik gagal untuk ditawarkan tempat ke IPTA dan ini tidak bermakna bahawa adik-adik gagal tidak mempunyai peluang lagi untuk ke IPTA.Adik-adik boleh baca artikel Kenapa Anda Tidak Ditawarkan Ke Universiti?Sebab-Sebab Gagal Ditawarkan Ke Universiti.Mungkin ada point-point yang dinyatakan itu bersesuaian dengan situasi adik-adik.

Saya ingin kongsikan pengalaman saya sebagai seorang pelajar seperti adik-adik semua.Sebenarnya saya juga seperti adik-adik iaitu tidak ditawarkan ke IPTA semasa permohonan pertama saya.Maksud saya selepas saya mendapat keputusan SPM.Permohonan rayuan juga tidak berjaya.

Tetapi saya tidak berputus asa.Saya menunggu tawaran ke IPTA yang seterusnya dan saya mengetahui bahawa UiTM ada membuka permohonan ke UiTM bagi sesi december.Saya cuba memohonnya tetapi permohonan saya tidak diterima juga.Kiranya dah dua kali permohonan saya gagal.Betul tak?

Tahun berikutnya,saya memohon lagi untuk kemasukan Julai 2008 dan alhamdulilah kali ini saya memilih program yang saya minat dan sesuai dengan keputusan SPM saya.Alhamdulilah saya berjaya menyambung pelajar ke IPTA.Mungkin inilah rezeki saya untuk sambung belajar.

Ia mungkin agak lambat berbanding rakan-rakan saya yang lain tetapi walaupun terpaksa menunggu tetapi akhirnya berjaya juga sambung belajar.Begitu juga dengan adik-adik semua.Jangan putus asa jika permohonan kali ini adik-adik gagal mendapatkannya.

Sementara menunggu permohonan yang seterusnya,adik-adik buatlah kerja-kerja yang berfaedah untuk menambahkan pengalaman dan pada masa yang sama mencari wang saku.

Insya-Allah,sudah tersurat didalam Qada dan Qadar rezeki dan hala tuju seseorang manusia.Yakin dan percaya dengan ketentuan Illahi.

Love........ Aen

1 comment:

Anonymous said...

empunya blog ni cantik hahaha, apa2 pun thanks atas info ye.. :)

Tolong klik iklan ni untuk cerahkan mase depan saya ! Hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...